top of page

PROFIL KAMI 

           Hangry.Lazy ialah perniagaan yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman. Hangry.Lazy menyediakan roti hotdog dan air secara kombo kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di kawasan Bukit Kachi. Lokasi perniagaan terletak di Inapan Siswa (Inasis) SME BANK, UUM, Sintok, Kedah. Hangry.Lazy merupakan sebuah perniagaan perkongsian yang terdiri daripada tujuh orang rakan kongsi. Perniagaan ini ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2018. Perniagaan Hangry.Lazy ini juga telah dijalankan bagi tujuan pembelajaran bagi subjek SADE 1013 Asas Keusahawanan.

​

            Sebelum tertubuhnya perniagaan ini, semua rakan kongsi telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan roti serta air yang sewajarnya daripada orang yang berpengalaman. Selain itu, semua rakan kongsi telah menyertai Program Kem Siswa niaga anjuran Bahagian Pengurusan Perniagaan dan Siswa Niaga, UUM bagi tujuan meningkatkan lagi potensi dan kemahiran keusahawanan dalam memulakan perniagaan di UUM.

 Perniagaan ini dijalankan ialah untuk menyediakan makanan yang bersih dan diyakini serta berbaloi kepada pelajar UUM terutamanya yang beragama Islam. Di samping itu, hasrat untuk menceburi bidang keusahawanan yang tinggi yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum bukan bumiputera dalam diri rakan kongsi sendiri.

         

        Hangry.Lazy juga telah menjalankan kajian pasaran terhadap perniagaan makanan dan minuman yang bakal dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelajar UUM di Bukit Kachi yang terdiri daripada pelajar Inasis SME BANK dan BANK RAKYAT. Ini kerana kafe yang terletak jauh daripada bilik menyebabkan pelajar lebih gemar memilih penghantaran hingga ke bilik yang dapat menjimatkan masa mereka.

​

The Cafe
bottom of page